Pekebun kecil penyumbang penting ekonomi negara

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 28 Julai – Pekebun kecil disifatkan sebagai antara penyumbang penting kepada ekonomi negara meskipun sering dilihat sebagai kelompok kecil dalam sektor perladangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasil getah menjadi sumber rezeki ribuan keluarga dan menggerakkan ekonomi luar bandar.
  • Usaha memartabatkan pekebun kecil mesti diteruskan demi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
  • Kerajaan akan memperkukuh peranan RISDA sebagai pembeli utama dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setiap hasil getah yang ditoreh bukan sekadar menyumbang kepada ekonomi negara, malah menjadi sumber rezeki ribuan keluarga serta menggerakkan ekonomi luar bandar.

“Pekebun kecil di seluruh negara merupakan penyumbang penting kepada ekonomi industri getah negara. Di sebalik setiap batang pokok getah yang ditoreh, terdapat sebuah keluarga yang bergantung kepada hasil itu untuk meneruskan kehidupan.

“Selain menjadi sumber yang menggerakkan ekonomi sesebuah kampung hasil daripada titik peluh para pekebun kecil,” katanya ketika berucap dalam Program Konvensyen Pekebun Kecil Risda di sebuah hotel, di sini hari ini.

Usaha memartabatkan pekebun kecil perlu diteruskan kerana sektor itu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu kerajaan akan terus memperkukuh peranan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli utama getah selain memastikan pendapatan pekebun kecil terus dipertingkatkan.

Pada masa sama beliau turut menyeru supaya usaha memperkasa sektor pekebun kecil diteruskan demi menjamin kelangsungan pembangunan ekonomi desa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.