fb fb fb fb fb

Pekebun kecil getah FELDA turut terima BMT sebanyak RM800

(Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap pada program Kenduri Sekampung
Keluarga
Malaysia sempena Jelajah AKM di Felda Palong/BERNAMA)

JEMPOL, 8 Oktober- Berita gembira buat pekebun kecil getah FELDA apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah yang dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 seperti dalam Bajet 2023 yang dibentangkan semalam turut diberi kepada mereka.

Dasar pemberian BMT sebelum ini yang mensyaratkan hanya pekebun yang mempunyai tanah seluas lima ekar atau 2.2 hektar layak memohon akan diubah kepada 10 ekar atau 4.5 hektar.

Dasar tersebut diubah bagi membolehkan pekebun kecil getah FELDA juga dapat menerima bantuan berkenaan.

"Dulu RM600 saya kata musim hujan dulu mungkin dua bulan atau tiga bulan sahaja. Sekarang ini bulan November, Disember sampai masuk bulan Januari, sampai bulan Febuari pun ada. Jadi sudah empat bulan. Jadi kerajaan membuat keputusan bagi R200 sebulan selama 4 bulan, kalau dulu RM600 sekarang RM800," kata Ismail Sabri ketika berucap dalam Program Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia@Jempol di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7, di sini.

Jelas perdana menteri, kerajaan memahami cabaran dan kepayahan yang dihadapi pekebun kecil getah terutamanya pada musim tengkujuh.

(Datuk Seri Ismail Sabri menggaul masakan daging lempap ketika hadir ke Kenduri
Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah AKMdi Felda Palong/BERNAMA)

Media Baharu