fb fb fb fb fb

JPJ Perlis gempur perkhidmatan kereta 'prebet sapu' sekitar Padang Besar

(JPJ Perlis gempur perkhidmatan kereta 'prebet sapu' sekitar Padang Besar)

PADANG BESAR, 8 Oktober - Lima pemandu kenderaan persendirian yang menjalankan perkhidmatan kenderaan teksi tanpa permit atau 'prebet sapu' di Stesen Keretapi (KTM) Padang Besar ke kompleks membeli belah WareMart dikenakan tindakan saman oleh pasukan operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata lima pemandu kenderaan persendirian tersebut dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987, bagi kesalahan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), iaitu kenderaan persendirian digunakan untuk membawa penumpang dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.

Kebanyakan pemandu 'prebet sapu' tersebut mengetahui mereka melakukan kesalahan, malahan mereka juga tidak mendaftarkan dan mengaktifkan aplikasi e-hailing atau mana-mana syarikat perkhidmatan awam secara sah .


(JPJ Perlis gempur perkhidmatan kereta 'prebet sapu' sekitar Padang Besar)

Tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu dan pemilik 'prebet sapu' di sekitar Padang Besar tersebut adalah berdasarkan maklumat siasatan dan risikan daripada Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis serta aduan awam yang diterima oleh pihak JPJ.

Hukuman bagi kesalahan menjalankan perkhidmatan kereta 'prebet sapu' tanpa permit boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan dengan kesalahan di bawah akta yang sama.

Media Baharu