fb fb fb fb fb

Bajet 2023 buktikan kerajaan ada peruntukan mencukupi - Zahidi

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bercakap pada sidang
media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Program Pertandingan Jaguh Boria anjuran RTM
Pulau Pinang, hari ini/ Foto BERNAMA)

GEORGE TOWN, 8 Oktober - Bajet 2023 membuktikan kerajaan mempunyai peruntukan mencukupi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berharap tiada pihak yang mendakwa kononnya kerajaan tiada wang untuk membantu rakyat.

Tambahnya, Bajet 2023 merupakan satu belanjawan mesra rakyat dan setiap lapisan masyarakat bakal merasai manfaatnya.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bergambar dengan
para peserta pertandingan Jaguh Boria pada Majlis Apresiasi Program Pertandingan Jaguh
Boria anjuran RTM Pulau Pinang, hari ini/ Foto BERNAMA)

"Belanjawan kali ini cukup hebat, cukup baik dan kita harap rakyat jangan salah sangka kononnya (kerajaan) tak ada duit untuk membuat (belanjawan), belanjawan tipu lah, kerajaan mempunyai cukup wang dan belanjawan itu mengikut kemampuan kita," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pertandingan Jaguh Boria anjuran RTM Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahidi berharap kerajaan akan mengangkat martabat seni tempatan ke tahap yang lebih tinggi dengan menyediakan Dataran Seni, yang merupakan satu lokasi untuk orang awam serta mereka yang berbakat dalam seni untuk mengenengahkan bakat di setiap negeri dan mengikut budaya negeri masing-masing.

Media Baharu