fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor sasar kurangkan kawasan panas penyalahgunaan dadah

KLUANG, 8 Oktober- Kerajaan Johor menyasarkan bilangan kawasan panas kegiatan penyalahgunaan dadah di negeri itu menurun daripada 17 kepada 14 kawasan, menjelang tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata setakat tahun lalu, 13,261 penagih dadah dikesan di Johor dengan seribu daripadanya di Kluang.

Oleh itu, pihaknya mahu jumlah penagih dadah di Kluang turun kepada 700 orang, menjelang tahun depan.

(Foto fail)

Bagi mencapai sasaran itu, Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kluang, perlu berganding bahu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menjalankan operasi, serta memikirkan jalan penyelesaian alternatif.

"Saya minta tolong, Datuk DO (Pegawai Daerah), fikirkan strategi. Pakar motivasi kita bantu kita, macam mana kita nak turunkan angka itu, Sebab kalau kita berjumpa sebegini sahaja, tidak mempunyai sasaran, maka saya khuatir kita takkan ada keberhasilan yang kita inginkan," kata Onn Hafiz semasa berucap dalam program Belia Aspirasi Kluang Sejahtera, di sini.

(Datuk Onn Hafiz berkata Kerajaan Johor sasar kurangkan kawasan panas penyalahgunaan
dadah)

Media Baharu