fb fb fb fb fb

PEJASAMA sambut baik kenaikan KGT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Presiden Kesatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (PEJASAMA) Datuk Azih Muda menyambut baik langkah kerajaan menaikkan bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas RM100 kepada 1.28 juta penjawat awam.

Menurut Datuk Azih, pengumuman hari ini merupakan usaha terbaik daripada kerajaan untuk menaikkan tahap ekonomi penjawat awam ke arah yang lebih baik.

"Dengan inisiatif ini dapat meningkatkan lagi produktiviti kakitangan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

"Sudah pasti dengan kenaikan ini dapat menambah pendapatan mereka," katanya kepada RTM di sini hari ini.

Berita berkaitan:-
Enam insentif baharu buat penjawat awam
'Durian runtuh' penjawat awam bermula Januari 2023

Media Baharu