fb fb fb fb fb

Warga pendidik di Sendayan semarakkan kibar Jalur Gemilang

(Haji Md Fiah Md Jamin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada 
program Semarak Kibarkan Jalur Gemilang buat Warga Pendidik di Sendayan)

SENDAYAN, 30 Ogos- Semangat patriotisme dalam kalangan pelajar amat penting, justeru warga pendidik memainkan turut berperanan bagi memastikan semarak patriotik terus membara ke dalam diri mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Haji Md Fiah Md Jamin berkata warga pendidik perlu cakna dan menghayati setiap perubahan yang berlaku dalam sejarah negara agar nilai murni daripada peristiwa yang berlaku dapat disampaikan kepada pelajar.

"Memang penghayatan pengibaran jalur gemilang ini juga banyak dipengaruhi oleh bagaimana cikgu sendiri menghayatinya melaksanakannya dalam kehidupan murid-murid.

"Jadi kalau cikgu mempunyai kesedaran yang tinggi seterusnya menyemarakkan dalam keluarga mereka untuk diri mereka insya-Allah, murid-murid pun akan ikut. Itulah pentingnya cikgu." Ujar beliau ketika ditemui pemberita.

(Haji Md Fiah Md Jamin, Pengarah JPNS ketika ditemui pemberita RTM)

Jelasnya, badan bukan kerajaan (NGO) juga digalakkan untuk menyertai institusi pendidikan di bawah JPNS yang telah mula menganjurkan program kebangsaan sejak Julai.

Dalam menyebar semarak kemerdekaan, kira-kira 300 Jalur Gemilang diedarkan kepada warga pendidik di seluruh Negeri Sembilan.

Menurut Muhammad Asyraf Daniel Jefri, Kordinator Mahasiswa Briged Negaraku, berkata, "kami turun ke Sekolah Kebangsaan Sendayan untuk kita fokus.

"Guru pada kami merupakan individu terpenting dalam mendidik generasi supaya dapat membentuk jiwa yang mempunyai semangat cintakan negara kita atau kita kata semangat patriotik."

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Semarak Kibarkan Jalur Gemilang buat Warga Pendidik di Sendayan.

Media Baharu