fb fb fb fb fb

PDRM tegas isu integriti, 147 pegawai & anggota dibuang kerja tahun lalu

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad

BUKIT BERUANG, 2 Januari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tegas dalam isu integriti membabitkan pegawai dan anggotanya.
 
Bagi tempoh Januari hingga November 2024 sahaja, seramai 147 pegawai dan anggota dihukum buang kerja.
 
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2023 iaitu seramai 132 pegawai dihukum buang kerja.
 
Paling tinggi kesalahan membabitkan narkotik.
 
"PDRM adalah pelindung kepada masyarakat dan expectation masyarakat tinggi dan kami pula kita berusaha di mana katakan tidak sesuai berada dalam pdrm kami akan singkirkan itu yg kita buat kita tidak berkompromi," katanya.
 
Beliau turut meminta masyarakat menyalurkan aduan berkaitan salah laku pegawai atau anggota PDRM.
 
Datuk Seri Azri ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka diantara bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah kepada Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE