fb fb fb fb fb

SPRM kesan tujuh individu, terbabit kes tuntutan palsu

Foto SPRM

KUALA LUMPUR, 2 Januari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat mengesan tujuh individu dikehendaki, bagi membantu kes yang melibatkan tuntutan palsu.

SPRM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kesemua mereka disiasat bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Badan penguat kuasa itu turut mengeluarkan gambar setiap individu dan menyenaraikan alamat terakhir mereka.

"Tujuh individu tersebut membabitkan Liang Hwa Keong, (68 tahun) di Jinjang Selatan, Kong Sian Chee (57) di Rawang, Leong Thien Poh (63) di Taman Mestika Cheras.

Turut dikesan adalah Ong Chee Heong (60) di Rawang, Lim Hoon Woon (48) di Sungai Buloh, Teng Wan Peng (50) dan Teng Wan Loong (51), masing-masing di Kepong," kata kenyataan itu.

SPRM meminta bantuan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Khairul Ariffin di talian 012-3235996.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM