fb fb fb fb fb

PDRM siasat isu ugutan video lucah terhadap ahli parlimen, MCMC beri bantuan teknikal

Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

SEBERANG PERAI, 14 September - Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memberikan bantuan teknikal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes ugutan video lucah yang tular terhadap ahli parlimen.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata siasatan sepenuhnya berhubung perkara itu akan diketuai PDRM. 

"Siasatan ini bawah siasatan PDRM. MCMC akan membantu sebagai agensi teknikal. Jadi yang mengetuai siasatan ini ialah pihak PDRM. Waktu ini saya tidak ada maklumat tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti di sini. 

Bantuan MCMC sebagai agensi teknikal adalah penting untuk membantu menganalisis data digital dan mengenal pasti individu di sebalik penyebaran video tersebut.

Perkara itu susulan laporan polis yang dibuat AHli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli, yang mendakwa menerima ugutan video lucah dan peras ugut wang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI