fb fb fb fb fb

Belanjawan 2026 perlu beri tumpuan pendidikan 

Belanjawan 2026 diharap memberi penekanan kepada peningkatan kualiti pendidikan melalui penyediaan prasarana lebih baik

KUALA LUMPUR, 14 September – Belanjawan 2026 diharap memberi penekanan kepada peningkatan kualiti pendidikan melalui penyediaan prasarana lebih baik dan penambahan tenaga pengajar mencukupi.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, peruntukan yang disalurkan kerajaan perlu diterjemahkan kepada langkah berkesan.

Terutama dalam menangani isu sekolah daif serta mengurangkan jurang akses pendidikan di seluruh negara.

“Fokus pendidikan perlu menjurus kepada usaha mengurangkan jurang pembelajaran dalam kalangan murid pedalaman, anak keluarga miskin serta mereka berkeperluan khas,” katanya ketika dihubungi Berita RTM.

Jelas beliau, dengan menambah bilangan guru wajar diberi perhatian segera bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara berkesan dan menyeluruh.

“Terdapat keperluan mendesak menambah bilangan guru di samping meningkatkan kemahiran serta keberkesanan mereka. Pada masa sama, penyediaan infrastruktur digital kini menjadi asas penting menyokong pembelajaran murid,” ujarnya.

Kementerian Kewangan (MOF) pada Ogos lalu berkata, kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN