fb fb fb fb fb

PDRM siap siaga hadapi PRU DUN Johor

SUNGAI BULOH, 24 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri, DUN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata pegawai dan anggota sedia ada di negeri itu akan ditambah jika diperlukan dalam memastikan proses pengundian terkawal.

"PDRM sedia menambah jumlah penugasan anggota di Johor bagi memastikan pilihan raya nanti dapat berjalan lancar.

"Proses mengatur gerak kerja pihak PDRM pada PRU DUN Johor ini akan ditentukan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat itu sendiri," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 17 sempena dengan Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Sungai Buloh, di sini.

Media Baharu