fb fb fb fb fb

Baucar tunai RM1.6 juta sumbangan IFRC diagih kepada lebih 2,000 penduduk terjejas banjir


SHAH ALAM, 24 Januari
- Dana bantuan dalam bentuk baucar tunai berjumlah 300,000 swiss francs bersamaan RM1.6 juta dari Geneva akan disumbangkan kepada lebih 2,000 penduduk terjejas banjir di Malaysia.

Bantuan berkenaan diperoleh daripada Ibu Pejabat Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata pihaknya diamanahkan untuk mengagihkan bantuan berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

"Maklumat ini akan dikenal pasti dan dikumpul, 2000 keluarga akan menerima bantuan dari Geneva. Tetapi sumbangan lain daripada rakyat kita akan teruskan," katanya.

Penduduk terjejas banjir akan dikenal pasti oleh ahli BSMM yang akan menziarah rumah ke rumah untuk memperoleh maklumat kerosakan.

Setakat ini, 130 keluarga di Shah Alam menerima bantuan pasca banjir berbentuk barangan keperluan rumah bernilai RM322 sejak Disember lalu.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkata sumbangan turut diagihkan kepada negeri lain yang terjejas banjir.

Media Baharu