fb fb fb fb fb

PM komited tangani kenaikan harga barang, bakal mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara


KUALA LUMPUR, 24 Januari
- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dalam masa terdekat.

Mesyuarat itu akan mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu kenaikan harga barang daripada kementerian-kementerian berkaitan.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau, kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Sebuah Akhbar hari ini melaporkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan semua barang akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Presiden DPMM, Abdul Halim Husin dipetik sebagai berkata kenaikan harga barang itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang, Disember tahun lepas.

Media Baharu