fb fb fb fb fb

PDRM guna Strategi 'lerai kepala air' tangani aliran trafik perlahan ketika TBC

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 17 Januari-Aliran trafik perlahan yang dijangka berlaku akibat pertambahan kenderaan pada cuti Tahun Baharu Cina (TBC) akan ditangani polis menerusi strategi 'lerai kepala air'.

Pendekatan akan diguna pakai di beberapa lokasi yang dijangka berlaku kesesakan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman , Superintenden Dr Bakri Zainal Abidin.. jumlah kenderaan yang banyak di beberapa kawasan akan dialih bagi tujuan penyuraian trafik.

"Contohnya katakan pemandu menghampiri Tol Slim River hampir 7 atau 8 kilometer, kita (polis) akan menyuraikan aliran trafik itu ke Plaza tol Tanjung Malim dan Sungkai. Apabila kita berjaya surai 'kepala air' ini,ia akan berlaku kelompongan besar. Jadi kita akan gunakan untuk suraikan kenderaan yang tersekat pada masa itu", ujarnya ditemui selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia.

Dalam pada itu, polis mengingatkan pengguna jalan raya untuk tidak menimbulkan provokasi ketika berdepan keadaan trafik tidak diingini.

"Apabila kita membudayakan peraturan dan pemikiran berada pada satu tahap yang baik, kita tidak menimbulkan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain", katanya kepada RTM.

Ujar Dr Bakri provokasi yang tercetus akan memberi impak berganda kepada pengguna jalan raya yang lain.


(Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Bukit Aman, Superintenden Dr Bakri Zainal Abidin)

Media Baharu