fb fb fb fb fb

240 individu terima darjah kebesaran, pingat sempena keputeraan Sultan Kedah ke-80

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 17 Januari- Seramai 240 individu menerima anugerah sempena Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80.

Istiadat penganugerahan darjah-darjah, bintang-bintang dan pingat-pingat kebesaran disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi tadi.

Berangkat sama, Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.

Seramai 110 orang Penerima Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran bagi Tahun 2021.

Daripada jumlah itu, 3 orang menerima Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) termasuk pemain badminton kebangsaan, Lee Zii Jia dan Pearly Tan Koong Le; dan 29 orang menerima Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) termasuk dua petugas media iaitu Presiden Kelab Media Elit Kedah, Kumaran Rajamoney dan Roslinda Hashim.

Bagaimanapun, Zii Jia dan Pearly Tan tidak hadir pada istiadat tersebut.

Selain itu, 41 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 22 orang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK); dan 15 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Sementara itu, 130 orang Penerima Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran bagi Tahun 2022.

Daripada jumlah itu, 41 orang menerima BKM, 4 orang menerima ASK, 26 orang menerima PJK, 41 orang menerima PCK, dan 18 orang menerima PPL.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.


(Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat
Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah
Ke-80/FOTO RTM)

Media Baharu