fb fb fb fb fb

MOT bersama KKR lancar Ops Sepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena TBC

(Anthony Loke dan Datuk Sri Alexander Nanta Linggi bersama-sama merasmikan
Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan Tahun 2023) 

DENGKIL, 17 Januari- Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama- sama Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melancarkan Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bersempena perayaan Tahun Baharu Cina

Mengekalkan tema yang sama iaitu “Pandu Cermat, Sampai Selamat”, Ops Bersepadu dan kempen tersebut akan bermula esok sehingga 28 Januari ini.

Kerjasama tersebut melibatkan kesemua agensi dibawah MOT dan KKR.

Sebanyak empat teras utama ditekankan dalam Ops kali ini iaitu Pendidikan Dan Advokasi, Penguatkuasaan, Pencegahan dan Pemantauan Serta Penilaian.

Sejajar dengan teras tersebut, seramai 2,000 orang anggota penguatkuasa JPJ akan ditugaskan dalam Ops Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh JPJ adalah kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya, pelaksanaan Perception Of Being Caught (POBC), dan Ops Khas Motosikal.

Sementara itu,KKR sudah mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) melalui Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya.

Pada tahun 2022, sebanyak 53 lokasi blackspots telah dibaik pulih, dengan kos berjumlah RM17.2 juta.

Manakala, 40 lokasi berisiko berlaku kemalangan akibat jalan gelap telah dipasang lampu jalan, dengan kos berjumlah RM4.7 juta.


(Sidang media MOT dan KKR selepas pelancaran Ops Bersepadu & Kempen

Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan Tahun 2023)

Media Baharu