fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air di Kuala Muda, bantu kerja pemadaman kebakaran kilang

(INFOGRAFIK SADA)

KUALA MUDA, 17 Januari- Sebanyak 30,200 akaun pengguna di daerah Kuala Muda, Kedah mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 11.00 pagi tadi.

Ia bagi membantu penyaluran bekalan air untuk kerja-kerja pemadaman kebakaran kilang memproses kertas di kawasan perindustrian Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah PNKK Taman Ria Jaya.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd SADA dalam satu kenyataan memaklumkan antara kawasan yang terjejas termasuk Hospital Sultan Abdul Halim HSAH, Mahkamah Sungai Petani, serta Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya.

Turut terjejas, kawasan perindustrian PKNK, Industri Halal Park, pejabat– pejabat kerajaan dan puluhan taman
perumahan di kawasan berdekatan.

Menurut SADA gangguan kecemasan gangguan bekalan air itu juga bertujuan peningkatan paras tangki air bagi sistem agihan semula bekalan air selesai.


(Bomba melakukan kerja pemadaman kebakaran membabitkan sebuah kilang

memporses kertas di kawasan perindustrian PNKK Taman Ria Jaya)

Media Baharu