fb fb fb fb fb

61 kertas siasatan berhubung isu 3R dibuka sejak 27 Mac 2023 - KPN

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 61 kertas siasatan berhubung isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) sejak 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata mana-mana pihak yang memainkan isu tersebut akan disiasat segera dan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Kita mempunyai lebih kurang 21 pegawai dalam pasukan khas yang akan menyiasat kes membabitkan aspek 3R.

Sejak 27 Mac, kita telah pun membuka kertas siasatan berjumlah lebih kurang 61 kes termasuklah kes terbaru, kes melibatkan YB Menteri Besar Kedah," kata Razarudin di ibu negara, hari ini.

Jelas beliau, kertas siasatan berkaitan isu 3R turut melibatkan ahli politik, bekas ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antaranya, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang,Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes disiasat megikut Seksyen Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala kertas siasatan yang sudah lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


(Foto Hiasan)

Media Baharu