fb fb fb fb fb

6,735 anggota RELA akan ditugaskan semasa PRU DUN ke-15 - KDN

FOTO BERNAMA

KEPALA BATAS, 13 Julai - Seramai 6,735 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) melibatkan enam negeri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata kesemua anggota RELA itu akan bersama-sama membantu pasukan polis untuk memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang tempoh berkenaan.

Pihaknya akan meletakkan anggota RELA disemua tempat terutama kawasan-kawasan tumpuan yang telah pun dikenal pasti.

"RELA akan bersama dengan PDRM dan mengikut apa yang diarahkan. Anggota RELA akan ditempatkan di semua kawasan tumpuan.

Jadi, yang penting PDRM telah mempunyai pengalaman dalam bertugas di mana-mana pilihan raya baik pilihan raya umum atau pilihan raya negeri. Kesiapsiagaan polis dan RELA sudah diperingkat maksimum," kata Shamsul Anuar kepada pemberita selepas merasmikan program Ramah Mesra anggota Rela Pulau Pinang di Dewan Millenium petang tadi.

Pada program itu, beliau turut memakaikan Pangkat Ketua Perhubungan Rela Kawasan (KPRK) dan Ketua Platun Rela (KPR).


(Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah)

Media Baharu