KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah persediaan yang menyeluruh dan proaktif bagi memastikan keselamatan serta kelancaran maksimum sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM telah melaksanakan risikan awal, pemantauan berterusan, dan penempatan pasukan di lokasi strategik sebagai langkah menjamin keselamatan optimum.
"Langkah-langkah ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi PDRM dalam menjamin keselamatan negara, ketenteraman awam, serta melindungi maruah Malaysia di mata dunia," katanya dalam kenyataan.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia untuk mematuhi undang-undang, menunjukkan sikap bertanggungjawab, mengekalkan keharmonian, ketertiban, serta rasa hormat sesama masyarakat agar dapat menjadi contoh yang baik kepada delegasi asing.
Menurutnya, setiap pihak perlu sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam
“PDRM ingin menasihatkan agar setiap pihak sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
"Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang bentuk provokasi, penyebaran maklumat tidak sahih atau perbuatan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegentaran awam.
“PDRM ingin menasihatkan agar setiap pihak sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang bentuk provokasi, penyebaran maklumat tidak sahih atau perbuatan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegentaran awam.”
"PDRM akan mengambil langkah sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara terus terpelihara", jelasnya.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya sepanjang tempoh persidangan, terutamanya di kawasan sekitar pusat persidangan
terutamanya di kawasan sekitar pusat persidangan, pusat bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya dan laluan utama yang terlibat dengan kawalan trafik serta penutupan sementara.
"Gunakan aplikasi navigasi, rancang masa perjalanan lebih awal dan berikan kerjasama penuh kepada anggota polis yang bertugas," katanya.
Beliau turut menggesa masyarakat untuk sentiasa peka terhadap keselamatan diri dan persekitaran, serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
“Marilah kita bersama-sama menjayakan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini dengan semangat perpaduan, patriotisme dan kepatuhan kepada undang-undang. Keprihatinan dan kepekaan rakyat merupakan tunjang penting kepada keselamatan negara,” akhiri beliau.