fb fb fb fb fb

PBT di Perak perlu kerap 'turun padang', kenal pasti kawasan berisiko banjir - Saarani Mohamad

IPOH, 20 Januari - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak diminta mengambil langkah lebih proaktif bagi mengatasi masalah banjir di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata mereka perlu lebih kerap turun padang bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum ia berlaku.

"Selain PBT, kerjasama daripada orang ramai juga diperlukan dalam usaha mengurangkan risiko banjir," kata Saarani.

"Apabila hujan terlampau banyak turun dan saluran air tersumbat, itu akan menyebabkan air melimpah dan menghasilkan banjir. Jadi, itu peranan kita semua bersama," katanya susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Executive Talk dan menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Pada majlis tersebut, lima fokus utama digariskan untuk mengukuhkan semula nadi ekonomi dan kehidupan rakyat iaitu meningkatkan hasil negeri, membudayakan perkhidmatan melangkaui kebiasaan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memantapkan perhidmatan dan infrastruktur digital serta kesiapsiagaan menangani kesan perubahan iklim.

 

Media Baharu