fb fb fb fb fb

PBSM terima bantuan RM5 juta daripada Palang Merah Australia

PERINGGIT, 28 Ogos- Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia menerima dana bantuan RM5 juta bagi tujuan program vaksinasi Covid 19 daripada Palang Merah Australia.

Menurut Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, dana itu akan diberikan kepada PBSM negeri yang berminat bekerjasama bagi memberi vaksin itu kepada individu yang memerlukan seperti warga emas atau penduduk di kawasan pedalaman.


(Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)

Selain itu, PBSM turut menerima RM10,000 dos vaksin Pneumococcal juga dari Palang Merah Australia untuk diberikan kepada individu yang memerlukan.

Mana-mana PBSM negeri yang berminat untuk melakukan kerjasama itu boleh memohon sebahagian daripada dana tersebut di ibu pejabat PBSM.

"Kita ini sentiasa ada jaringan dengan perhubungan yang baik antara bulan sabit merah ataupun palang merah di negara-negara berasingan jadi dana daripada Australia itu adalah untuk memberi vaksin kepada mereka yang betul-betul dalam kawasan yang jauh dari kawasan bandar mereka yang terjejas mereka yang underserve community yang paling vulnerable lah seperti warga emas, warga orang asli komuniti yang berada di pedalaman," katanya selepas melakukan lawatan di pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Melaka di sini.

Hadir sama, Senator Dewan Negara, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Semenjak dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan pada 2018 , ini merupakan lawatan pertama baginda ke Melaka.

Tunku Puteri Intan, turut menyeru kepada ahli persatuan PBSM untuk terus bekerja keras dalam memberi bantuan kepada orang ramai.

Media Baharu