fb fb fb fb fb

200 peserta sertai Program Jelajah Merdeka 65 Teguh Bersama

KANGAR, 28 Ogos- Sebanyak 200 peserta menyertai Program Jelajah Merdeka 65 Teguh Bersama dengan bermotosikal bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke 65 dan semangat patriotik dikalangan generasi muda.

Program ini memberi kesedaran kepada golongan muda menghayati erti sebenar kemerdekaan selain menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan serta membentuk perpaduan dikalangan generasi muda.


(Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya
merasmikan Majlis Pelepasan Program Jelajah Merdeka 65 Teguh Bersama di sini)

Menurut Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, program turun padang bersama anak muda ini membolehkan generasi muda mendekati komuniti setempat selain bersama-sama dalam menjayakan setiap program bersama komuniti.

Sepanjang konvoi, peserta akan singgah di beberapa lokasi, antaranya Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat, Kampung Warna Warni Kuala Perlis dan Nat Behor Lateh.

"Walaupun anak-anak muda pada hari ini mereka tidak merasai semua dan kalangan mereka bukan lahir sewaktu Merdeka, mereka adalah pasca kemerdekaan. Jadi program hari ini tujuannya di samping kita mengedarkan bendera, kita juga nak lahirkan satu semangat menunjukkan patriotisme, nasionalisme dan keharmonian kita dalam meraikan kemerdekaan. Kesedaran yang paling bermakna sekali adalah membebaskan diri dan jiwa kita daripada dijajah," katanya kepada media pada Majlis Pelepasan Program Jelajah Merdeka 65 Teguh Bersama, dimana beliau mengetuai konvoi bermotosikal bersama anak muda di sini.

Selain program semarak kemerdekaan bermotosikal ini, program lain berkaitan kemerdekaan perlu terus dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai kaum bagi mewujudkan keharmonian, toleransi dan saling hormat menghormati antara komuniti.

Program dianjurkan Pejabat Datuk Dr Fathul Bari dengan kerjasama Malaysian Volunteers Organisation (MYVO), Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Media Baharu