fb fb fb fb fb

PBB gesa konflik bersenjata di Ukraine dihentikan

NEW YORK, 6 Mei - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara menggesa supaya perang Rusia di Ukraine ditamatkan.

Gesaan dibuat tanpa penekanan terhadap usaha menghidupkan semula rundingan damai kedua-dua negara yang nampaknya terhenti.

"Pencerobohan Rusia terhadap Ukraine adalah melanggar integriti wilayahnya dan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu," kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam mesyuarat Majlis Keselamatan anjuran Amerika Syarikat.

(Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres/Foto fail)

“Ia mesti berakhir demi rakyat Ukraine, Rusia dan seluruh dunia,” tambahnya.

Guterres baru-baru ini melawat Moscow dan Kiev untuk menyokong pemindahan orang awam dari bandar pelabuhan Mariupol yang terjejas.

Majoriti anggota Majlis Keselamatan, termasuk China, Amerika Syarikat, Ireland, Perancis dan Mexico menggesa agar konflik yang telah berlarutan selama berbulan-bulan itu dihentikan.

Duta China ke PBB, Zhang Jun menegaskan, hanya diplomasi akan menamatkan pertempuran sambil mengkritik tindakan Amerika Syarikat dan negara-negara Barat menghantar senjata ke Ukraine. -AFP

Media Baharu