fb fb fb fb fb

Banjir Pontian makin pulih, satu lagi PPS ditutup

PONTIAN, 6 Mei - Banjir di Pontian semakin pulih selepas sebuah lagi pusat pemindahan sementara, (PPS) SK Seri Bukit Panjang, ditutup 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan, ini menjadikan, kini hanya tinggal 19 orang daripada empat keluarga.


(Banjir di Pontian semakin pulih selepas sebuah lagi PPS,
SK Seri Bukit Panjang, ditutup 4 petang tadi)

Jumlah itu berkurangan daripada 51 penduduk terjejas,12 tengahari tadi.

Keadaan semasa dilaporkan stabil dan dijangka berterusan, sepanjang hari ini.

Hujan lebat berterusan pada dua hari lalu telah menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung Seri Segambut, Kampung Bukit Panjang dan Kampung Jasa Sepakat dinaiki air.

Media Baharu