fb fb fb fb fb

Kematian doktor pelatih : Pasukan Petugas bebas ditubuhkan - KJ

KUALA LUMPUR, 6 Mei, - Pasukan Petugas bebas akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Pasukan tersebut dipertanggungjawab untuk menyiasat kes serta budaya ‘buli’ yang didakwa berlaku.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter rasminya memaklumkan, beliau telah menerima laporan mengenai kes itu daripada Ketua Jabatan hospital berkenaan.

Menurutnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu.

Media Baharu