fb fb fb fb fb

PBAKL 2025: Lebih 70,000 kunjungi Pavilion Selangor

Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media selepas merasmikan Pavilion Selangor @ PBAKL 2025 hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Lebih 70,000 orang telah berkunjung ke Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 setakat semalam, menandakan sambutan hangat terhadap pelbagai aktiviti dan pengisian ilmu yang ditawarkan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, antara usaha menarik orang ramai termasuk pelancaran buku dan sesi bersama penulis terkenal.

Pavilion Selangor turut menampilkan pelbagai program lain seperti pameran perpustakaan awam negeri dan program pinjaman komputer.

“Jadi kami datang ke sini pamerkan apakah dia perpustakaan awam negeri dan apakah programnya bukan hanya setakat buku.

"Kalau kita tengok di sebelah kiri itu, dia adalah program contohnya program pinjaman komputer yang telah dilaksanakan kerajaan negeri melalui perpustakaan awam sejak sekian lama. Ini adalah perkara-perkara yang timbul semasa COVID-19 dan akhirnya banyak membantu kepada pelajar," katanya.

Datuk Seri Amirudin berkata demikian selepas merasmikan Pavilion Selangor @ PBAKL 2025 hari ini.

Pavilion Selangor yang terletak di Aras Tiga, WTCKL, dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang penganjuran pesta buku berprestij ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE