fb fb fb fb fb

Pavilion Al-Falah jadi tumpuan pengunjung pada Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA, 7 Disember - Pavilion Al-Falah yang menghimpunkan kesemua 14 agensi agama terus menjadi tumpuan pengunjung pada hari terakhir program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini.

Sekitar tengah hari tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengadakan lawatan meninjau gerak kerja dilakukan setiap agensi terlibat sejak Jumaat lalu.

Tinjauan hampir satu jam itu memfokuskan penambahbaikan perkhidmatan wakaf, zakat, pembangunan keluarga Islam, rundingan syariah serta pameran penerbitan baharu.

Pendekatan ‘turun padang’ itu bertujuan memastikan masyarakat boleh berurusan secara lebih mudah dan mesra, selaras dengan aspirasi Al-Falah menekankan kesejahteraan ummah.

Pelbagai aktiviti berbentuk interaktif dan pameran maklumat digital diadakan bagi membantu orang ramai memahami peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh setiap agensi berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku itu telah dibanjiri lebih 300,000 pengunjung.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI