fb fb fb fb fb

PAU 2023: MARA beri kelonggaran, 'padam' individu bankrap daripada senarai hitam - Ahmad Zahid

(Ahmad Zahid Hamidi)

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi kelonggaran kepada peminjam pendidikan berstatus bankrap agar dikeluarkan daripada senarai hitam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, perkara itu bagi memberi peluang kedua kepada individu tersebut untuk mendapatkan peluang perniagaan dan pinjaman melanjutkan pelajaran.

"Saya telah mengarahkan Pengerusi MARA untuk memperhalusi isu ini dan mengambil tindakan bagi meringankan beban peminjam serta memikirkan nasib mereka.

"Dengan itu, saya sebagai KKDW, saya meluluskannya," katanya dalam Ucapan Penggulungaan Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini.

Semalam, Wakil UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan menggesa MARA memberi peluang kedua kepada peminjam berstatus bankrap, sejajar dengan matlamat penubuhannya untuk membantu Bumiputera, terutama dalam mendapatkan bantuan perniagaan dan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

(Foto fail)

Media Baharu