fb fb fb fb fb

Pasukan petugas khas ditubuh, kesan aktiviti jualan mercun di bazar Ramadan

KOTA BHARU, 4 April - Polis Kelantan menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengesan aktiviti penjualan mercun di bazar Ramadan.

Turut dipergiat pemantauan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Siasatan mengesyaki terdapat cubaan menyeludup masuk bahan terlarang itu dari negara jiran.

Ia kemudian dipercayai mahu dijual di bazar Ramadan.

(Shafien ditemui pemberita selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan
di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan)

"Dibawah akta bahan letupan semua dah ada termaktub. Saya rasa mereka ini pun dah tahu mereka ni tidak boleh (menjual mercun di bazar Ramadan), cuma kadang-kadang sifat peniaga mereka ni sembunyi-sembunyi. Tetapi jangan sembunyi daripada polis. Polis ni ada kaedah, ada cara dia untuk kita tanggani," kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat di sini.

Aktiviti jualan mercun secara dalam talian dipantau Bahagian Siasatan Jenayah Komersial.


Media Baharu