fb fb fb fb fb

KKM seru pihak berkaitan tampil mudahkan akses 'precision medicine' pesakit kanser

PETALING JAYA, 4 April- Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru lebih banyak pihak tampil mempermudahkan akses 'presicion medicine' kepada pesakit kanser terutama mereka yang tidak berkemampuan.

Menteri, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan mengakui tidak dapat menyediakan akses terbabit kepada semua rakyat kerana ia membabitkan kos dan perbelanjaan yang sangat tinggi.

"Kementerian Kesihatan mengiktiraf kanser sebagai kebimbangan kesihatan yang penting dalam kalangan rakyat Malaysia. Adalah menjadi komitmen kami untuk mengurangkan kejadian kanser sambil menambah baik strategi rawatan dan pencegahan kanser."

"Kami sentiasa mencari untuk mewujudkan sistem berfungsi untuk penjagaan kanser yang berkesan dan memandangkan terdapat lebih daripada 200 jenis kanser, setiap satu memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk mencari penawar, bagi memastikan setiap pesakit boleh mendapat manfaat daripada penyelesaian kesihatan yang lebih praktikal," kata Khairy semasa menyempurnakan majlis Kolaborasi Precision Medicine antara Prudential Malaysia, AstraZeneca dan Pantai Premier Pathology, di sini.

Kerjasama dan inisiatif swasta seperti tiga organisasi tersebut dapat membantu kerajaan kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi disamping dapat memberikan rawatan perkhidmatan kepada rakyat.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

Sementara itu, lebih 860,000 warga emas berusia 60 tahun ke atas masih belum mendapatkan dos penggalak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ia suatu perkara yang membimbangkan kerana golongan tersebut paling berisiko dijangkiti wabak sehingga boleh membawa kematian.

Menurut Khairy, kes kematian banyak tertumpu kepada golongan tersebut.

Individu berkenaan lebih berisiko sekiranya belum menerima dos penggalak.

Individu berusia 80 tahun ke atas merekodkan kes kematian tertinggi minggu lalu iaitu 31.7% daripada 100 orang orang dalam kumpulan umur berkenaan.

Media Baharu