fb fb fb fb fb

Pasukan Malbatt 850-12 sambut Aidilfitri di Lubnan

Pasukan Malbatt 850-12 yang kini sedang bertugas sebagai pasukan pengaman di Lubnan/RTM

LUBNAN, 31 Mac- Seramai kira-kira 850 pegawai dan anggota pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang bertugas sebagai pasukan pengaman di Lubnan bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL) meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan, meskipun berjauhan daripada keluarga tercinta di tanah air.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, pegawai dan anggota menikmati pelbagai juadah istimewa hari raya yang disediakan oleh mereka sendiri bagi menghidupkan suasana lebaran di perantauan.

Malbatt 850-12 yang diketuai Komander Kol Johan Effendi Mohd Shalleh mula mengambil alih tugas daripada Malbatt 850-11 sejak November 2024 hingga November 2025 dengan penyertaan pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sebagai pasukan pengaman, mereka terdiri daripada anggota yang terlatih dan berdisiplin tinggi dalam menjalankan tugas memastikan keamanan di bumi Lubnan.

3103 MALBATT LUBNAN SAMBUT RAYA 2
Pegawai dan anggota Malbatt 850-12 sedang menyediakan juadah Aidilfitri di Lubnan/RTM

SITI AISHAH MD ISA