MELAKA, 4 Januari - Seramai 100 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menyertai Misi Bantuan Pascabanjir ke Lanchang, Pahang.
Misi yang bermula hari ini sehingga 6 Januari depan.
Pelepasan misi disempurnakan Exco Kerja raya, Pengangkutan, Kemudahan awam, Infrastruktur dan Pengurusan banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Antara bantuan disumbangkan termasuk pembersihan rumah, pembaikan pendawaian elektrik dan barangan keperluan harian.
"Jumlah kenderaan yang digerakkan adalah 50 kenderaan ke negeri Pahang jadi program ini adalah membersihkan rumah-rumah penduduk banjir di kampung-Kampung Dala, Kampung Insar dan juga Kampung Merpatih membaiki
kerosakakan kecil termasuk pendawaian elektrik yang rosak disebabkan banjir.
"Kami turut membersihkan Pondok Tahfiz Haji Ahmad di Lanchang yang hampir tenggelam sepenuhnya dalam banjir tempoh hari ", kata Rahmad.