SAMARAHAN, 4 Januari - Di Sarawak, bimbang kenaikan paras air sungai luar jangka di kawasan luar bandar, agensi penyelamat aktif memulakan operasi pemantauan udara.
Pemantauan dari ketinggian seribu kaki dari aras laut itu tertumpu di lokasi-lokasi rendah di barat Sarawak berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.
Pemantauan bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datuk Khiruddin Drahman menggunakan helikopter jenis Mi 171 itu meliputi kawasan Samarahan, Serian, Sadong Jaya sehingga ke Muara Tebas.
RTM yang turut sama dalam tinjauan itu menyaksikan tiada kawasan yang dinaiki air dengan air sungai pada paras normal.
"Tidak menolak kemungkinan akan berlakunya banjir kilat berikutan hujan lebat luar jangka sejak beberapa hari lepas.
Lebih 1,300 anggota JPBM Sarawak diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi operasi pemindahan", kata Khiruddin.