fb fb fb fb fb

Pasaran hartanah Malaysia kekal stabil

Nga Kor Ming

PUTRAJAYA, 7 Jun- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini dan mencatat pertumbuhan yang berterusan dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Perkara itu hasil daripada rangsangan pelbagai inisiatif oleh Kerajaan MADANI bawah Belanjawan 2024.

Pasaran hartanah menunjukkan pertumbuhan ketara dan berdaya tahan dengan kaunter hartanah individu mencatatkan pertumbuhan harga saham sehingga 600 peratus.

"Jika dibandingkan dengan tahun lepas, suku pertama 2024, sektor hartanah berkembang sihat dan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan. Tahun ini suku tahun pertama jumlah bilangan transaksi melebihi 104,000 dengan jumlah nilai transaksi RM56.53 bilion.

"Peningkatan RM12.42 billion dibandingkan dengan tahun lepas, dari jumlah nilai transaksi dia nmpk ada pertumbuhan lebih kurang 31 peratus dari segi bilangan transaksi rumah berjaya dijual. 17 peratus peningkatan dalam suku pertama," katanya dalam Majlis Penghargaan Kecemerlangan Pemaju Hartanah di sini.

Pertumbuhan ketara itu dapat mempamerkan pasaran hartanah Malaysia semakin pulih dan kembali meningkat.

Pihaknya kini lebih proaktif meningkatkan reputasi industri dan menambah tahap keyakinan pelabur untuk membentuk pasaran hartanah yang lebih berdaya tahan.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah ASEAN Real Property Summit pada tahun 2025 di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI