(Pameran Anggerik di Laman Budaya, Shah Alam)
SHAH ALAM, 29 Oktober- Sempena ulang tahun bandaraya Shah Alam, program 'Pasar Bunga Shah Alam' dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bermula sejak Khamis dehingga 30 Oktober.
Program itu bertempat di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata pasar bunga itu merupakan komitmen berterusan MBSA untuk mendidik komuniti untuk menghargai suasana hijau dan keindahan landskap semula jadi.
"Sebanyak 22 gerai telah dibuka. Antara jenis tanaman ialah pokok buah-buahan, pelbagai jenis pokok bunga dan aksesori landskap. Tidak ketinggalan jualan baja dan produk pertanian yang dijual bersempena program ini."
Beliau berkata demikian pada Program Pasar Bunga Shah Alam di laman budaya.
Program ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihat keindahan flora dan pelbagai jenis produk pertanian yang turu dijual.
Pasar itu dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 8.30 malam dan diharapkan menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara khususnya buat peminat bunga serta tanaman hiasan.
(Shahrin Ahmad ditemui pemberita RTM pada Program Pasa Bunga Shah Alam)