fb fb fb fb fb

Perkasa inisiatif SDG, MBPJ sahut capai lebih banyak taman hijau

KOTA DAMANSARA, 29 Oktober - Inisiatif ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dipergiat bagi mencapai lebih banyak kawasan hijau di taman seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir berkata pihaknya komited dalam menyediakan infrastruktur terbaik untuk berekreasi di samping mengekalkan ekosistem dan keseimbangan ekologi.

Ia dilihat menerusi penanaman 128 batang pokok teduhan dari 15 spesis pokok dan penanaman rumput seluas 12,916 kaki persegi di Taman Kota @ PJ yang telah menghasilkan kadar serapan karbon dengan anggaran sebanyak 109,218.301 kg/CO2.

"Pokok teduhan sedia ada dan pokok baharu yang telah di tanam berfungsi sebagai 'thermal comfort' yang mampu mengurangkan kesan 'urban heat island' dimana suhu dapat dikurangkan kepada 3-5 darjah celsius dan kadar serapan karbon yang tinggi dapat membantu mengurangkan pencemaran udara di kawasan sekitar am nya," kata Azhan kepada RTM ketika ditemui pada Majlis Penamaan Semula Taman Kota@PJ, di sini.

Taman Kota@PJ merupakan inisiatif majlis dalam proses penjenamaan semula taman sedia ada iaitu Padang Kota Damansara atau Taman Jelutong berkeluasan 19.81 ekar.

Berkonsepkan 'simbiosis', reka bentuk taman dihasilkan daripada keseimbangan di antara komponen alam semula jadi dan elemen aktiviti rekreasi selain hutan simpan menjadi tulang belakang kepada keseimbangan ekologi biodoversiti.


(Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir menyempurnakan simbolik
penanaman di Taman Kota@PJ)

Media Baharu