fb fb fb fb fb

Ancaman gajah liar, penduduk Kg Basung hidup dalam ketakutan

HULU TERENGGANU, 29 Oktober- Angkara serangan kawanan gajah liar, penduduk Kampung Basung, Hulu Terengganu mula hidup dalam ketakutan.

Kehadiran kawanan gajah itu dibimbangi bakal mendatangkan ancaman keselamatan kepada mereka.

Rabu lalu, penduduk melaporkan lebih 10 ekor gajah liar telah memusnahkan puluhan pokok pisang dan tanaman lain di kebun.

Menurut penduduk, Azri Mamat dan Mamat Mat Amin, penduduk juga kerap bertembung dengan haiwan liar itu pada waktu malam di jalan raya..

"Saya pun harap dapat atasi dengan cepat, sebab bukan dua tiga ekor mungkin 10 hingga 15 ekor yang ada. Mungkin pihak berwajib, kerajaan atau PERHILITAN dapat fikir cara menangani masalah ini sebab melibatkan keselamatan nyawa penduduk," kata Azri kepada RTM.

"Gajah itu dia masuk keluar kampung. Ada penduduk yang terserempak dengan haiwan itu pada waktu malam. Waktu siang pun dia berani keluar juga. Bila jadi sebegini, kita susah nak keluar rumah nak cari rezeki sebab takutlah," tambah Mamat menjelaskannya kepada RTM di Hulu Terengganu.


(Penduduk Kg Basung, Mamat Mat Amin menceritakan situasi dan keluh kesah penduduk
berhubung ancaman gajah liar kepada pemberita RTM)

Menurut penduduk, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa dan berharap tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata pihaknya sudah menghantar pasukan operasi untuk menangkap gajah berkenaan.

 

Media Baharu