KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), laluan transit aliran massa (MRT) dan monorel, serta perkhidmatan bas menyambut baik Belanjawan Madani Kedua yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Prasarana, "peruntukan inisiatif pas bulanan My50 bagi pengguna pengangkutan awam itu akan memberi manfaat kepada hampir 180,000 pengguna.
"Pas itu merupakan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan untuk rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana," katanya.
Bagi tujuan menaik taraf projek LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan juga sistem sokongan peruntukan bernilai RM4.7 bilion turut disediakan.
Ia bakal memberi manfaat kepada dua juta pengguna khususnya yang berada di koridor barat iaitu Lembah Klang.
Pembinaan tertangguh bagi lima stesen sebelum ini, iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik akan Pengembalian stesen-stesen ini dijangka mampu menambah baik kesalinghubungan perkhidmatan LRT3.
Selain itu, kenyataan sama menyebut "peruntukan ini juga merangkumi perolehan tiga set tren tambahan, penambahbaikan sistem sokongan dan perluasan depoh sedia ada di Johan Setia.
"Perolehan 150 unit bas elektrik dan pembinaan tiga depoh bas oleh Prasarana dengan kos RM600 juta bagi menyediakan kemudahan batuan pertama dan terakhir (First Mile Last Mile) untuk projek LRT3 adalah langkah menyokong pelepasan karbon sifar bersih," menurut kenyataan itu.
(Foto hiasan)