fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Malaysia salur dana RM10 juta untuk Palestin

 (Penduduk Palestin beredar ke kawasan selamat selepas serangan udara Israel
di Semenanjung Gaza hari ini/AFP)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Malaysia akan melancarkan tabung kemanusiaan bagi menampung serta membantu warga Palestin dengan dana sebanyak RM10 juta melalui Belanjawan 2024.

Bagi tujuan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-syarikat dan orang ramai untuk ikut serta, demi prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat.

"Perkembangan mutakhir di Semenanjung Gaza kini bertambah gawat, tatkala Israel kini telah mengepung warga Gaza.

"Israel telah secara ganas dan biadab ingin menghalau mereka ke selatan semenanjung tersebut," katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kedua di Dewan Rakyat hari ini.

(Anwar Ibrahim)

 

Media Baharu