fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Kementerian Pendidikan kekal terima peruntukan tertinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Kementerian Pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi menerusi Belanjawan MADANI Kedua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak RM58.7 bilion diperuntukan kerajaan tahun hadapan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) berbanding RM55.2 bilion tahun ini.

Katanya, tahun hadapan sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

(FOTO HIASAN)

"Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tamil dan cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Anwar, sebanyak 26 buah sekolah baharu turut akan dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion.

Antaranya termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-laya di Tuaran Sabah, SMK Baie, Bintulu, Sarawak; SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang; SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak; dan SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

Media Baharu