fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: RM44 bilion tersedia buat PMKS

(FOTO HIASAN/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Sebanyak RM44 bilion tersedia buat menyokong usahawan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) selaras dengan hasrat Kerangka Ekonomi MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pinjaman kecil dengan dana keseluruhan RM2.4 bilion disediakan menerusi Bank Negara, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN.

Selain itu, sebanyak RM8 bilion turut disediakan bagi menyokong syarikat berkaitan.

"RM600 juta dikhususkan untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan keterjaminan makanan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anwar turut mengumumkan kerajaan menyediakan RM20 bilion dana jaminan menerusi syarikat jaminan pembiayaan perniagaan berhad.

Selain itu, sejumlah RM100 juta dana pembiayaan disediakan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi membantu lebih banyak koperasi.


(FOTO FAIL)

 

Media Baharu