fb fb fb fb fb

Langkah kawalan produk minuman keras diperketat - PM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan produk minuman keras, bermula 1 Januari tahun hadapan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, aktiviti pindah kapal (transhipment) bagi produk minuman keras juga akan dihadkan di pelabuhan tertentu sahaja.

"Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam akan dijadikan sebagai laluan keluar tunggal bagi wilayah utara.

"Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula hendaklah dilakukan secara muatan kontena secara penuh (full container load)," kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu