fb fb fb fb fb

Parlimen dibubar: Kerajaan sementara perlu elak kritikan tidak berasas

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan satu keputusan yang perlu diambil serius oleh ahli politik.

Menurut Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, garis panduan yang jelas diperlukan dalam kerajaan sementara atau 'caretaker government' bagi mengelak penyalahgunaan kuasa serta kritikan yang tidak berasas pada masa hadapan .

"Kalau kita ada undang-undang tapi undang - undang itu tidak dianggap sesuatu yang moral untuk mematuhi undang , 'morality' untuk menghormati undang-undang itu , jadi di sini kita perlukan orang -orang politik , pemain demokrasi , pemain politik yang tulus ikhlas dalam perjuangan mereka, itu harapan rakyat , yang suci hati dan tidak rakus pada kuasa," katanya.


(Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz)

Sementara itu bagi Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berpandangan kematangan berpolitik perlu diterapkan kepada golongan pengundi muda supaya mereka sedar, faham dan yakin terhadap keterlibatan mereka dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita tidak boleh mengubah acuan politik mereka tapi mereka akan mengundi berdasarkan teras politik yang sebenarnya iaitu polisi , dasar, dan masa depan negara dan bukan politik yang berlaku dengan keadaan semasa dan yang berlaku di negara barat adalah politik berbentuk emosi," ujarnya.


(Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media
dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin)

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara di Angkasapuri.

 

Media Baharu