fb fb fb fb fb

Polis kesan kain rentang berunsur provokasi politik di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 11 Oktober- Polis mengesan enam kain rentang berunsur provokasi politik yang digantung individu tidak bertanggungjawab di enam lokasi awam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kain rentang memaparkan ketidakpuasan hati penduduk mengenai politik dan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, polis menasihati mana-mana individu untuk tidak mencetuskan provokasi yang menggugat ketenteraman awam.

(Antara kain rentang berunsur provokasi yang dikesan di sekitar Kota Tinggi)

Pihak yang ingin menggantung kain rentang atau sebagainya perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu terbabit mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Media Baharu