fb fb fb fb fb

Pelajar LTA wakili negara dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2022

LANGKAWI, 11 Oktober- Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Demikian perumpamaan kejayaan Dhineswaran Jayakumar, 23 tahun yang dipilih menyertai pertandingan berprestij bertaraf dunia, Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2022 Edisi Khas di Lucerne, Switzerland minggu depan.

Dhineswaran, pelajar Diploma Pengurusan Hotel dari Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA) akan bertanding dalam kategori Pengurusan Restoran.

"Pingat emas ke, perak ke, gangsa ke, saya tak kisah, janji saya menang, 'medallist of excellent' pun saya okay juga sebab dalam masa sebulan ini saya kena buat persiapan dalam masa singkat, kena ikut apa yang jurulatih saya ajar. Fizikal dan mental saya kena sedia," katanya.


(Peserta WSC 2022, Dhineswaran Jayakumar)

Anak pemandu lori dari Rawang, Selangor itu pernah dianugerahkan Pingat Emas World Skills Malaysia Belia dalam Bidang Perkhidmatan Restoran pada Majlis Anugerah Tangan Emas Piala Perdana Menteri.

Pada 2019 Dhineswaran pernah mengikuti Sijil Perkhidmatan Makanan dan Minuman dan merangkul Anugerah The Shining Star Of 2021 Anugerah Pelajar Cemerlang 2021 dari LTA.

Media Baharu