fb fb fb fb fb

Papar daerah tebaharu pemindahan mangsa banjir Sabah

KOTA KINABALU, 10 Oktober- Papar menjadi daerah baharu pemindahan bangsa banjir di Sabah apabila sembilan orang daripada dua keluarga dipindahkan, menjadikan keseluruhan 88 orang daripada 16 keluarga dipindahkan setakat 8 malam pada Isnin

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa banjir di Papar dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya yang dibuka pukul 6 petang semalam.

Katanya mangsa banjir di dua lagi daerah, kekal seperti petang tadi iaitu 53 orang daripada sembilan keluarga di PPS Dewan PPR Sri Keramat, Putatan, dan PPS Dewan Kebudayaan di Penampang menempatkan 26 orang daripada lima keluarga.

“Trend semasa banjir pada masa ini adalah meningkat dan cuaca pada malam ini adalah baik setakat ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, sekretariat itu memaklumkan satu kejadian tanah runtuh dilaporkan di Kampung Kiranggu, Inanam di sini sekitar pukul 1 tengah hari pada isnin dan pemeriksaan di kawasan kejadian mendapati tiga kenderaan telah dihempap tanah.

(Papar menjadi daerah baharu pemindahan bangsa banjir di Sabah apabila sembilan orang daripada
dua keluarga dipindahkan, menjadikan keseluruhan 88 orang daripada 16
keluarga dipindahkan setakat 8 malam pada Isnin/FOTO APM)

“Selain itu pemeriksaan mendapati jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui sepenuhnya dan sebuah rumah dihuni seramai sembilan orang, berisiko kerana kedudukannya hampir dengan runtuhan, selain terletak di lereng bukit berketinggian 70 meter,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi ditangguhkan pada pukul 6.30 petang, setelah bantuan diberikan kepada mereka yang terlibat, manakala kes diserah kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya. -BERNAMA

Media Baharu