fb fb fb fb fb

Pantau penjawat awam culas tugas, cuai dan malas- PM

Datuk Seri Anwar berucap dalam amanat Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

PUTRAJAYA, 6 Mei- Semua penjawat awam diminta untuk memantau dan mengenal pasti kakitangan kerajaan yang mencemarkan nama baik jabatan dan perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mereka yang dinyatakan itu tidak boleh menerima layanan sama termasuk mendapat kenaikan gaji seperti pekerja yang malas, cuai dan tidak hadir bekerja.

"Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90 peratus guru menjalankan tanggungjawab. Ada guru yang cuai. Ada yang kadang-kadang tidak hadir. Begitu juga masalah di jabatan. Ada golongan kecil rasuah, tidak datang kerja, pelbagai masalah.

"Apakah kita harus beri layanan yang sama. Saya jawab tidak. Kita tidak akan beri layanan yang sama. Jadi, sementara kita berikan satu anjakan radikal daripada segi pengikitrafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri dan jabatan. Kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,"katanya.

Beliau berucap dalam amanat Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE