fb fb fb fb fb

Pantau bazar Ramadan, Jabatan Kesihatan Terengganu keluarkan 153 notis

BATU BUROK, 13 April - 153 notis dikeluarkan Jabatan Kesihatan Terengganu atas pelbagai kesalahan dengan jumlah kompaun bernilai lebih RM18,000 menerusi pemantauan di bazar Ramadan seluruh negeri setakat ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong memberitahu, 1,733 gerai jualan makanan dan minuman di 59 bazar diperiksa sejak 1 Ramadan lalu.

Antara kesalahan tertinggi direkodkan adalah tidak memakai apron, tidak memenuhi piawaian kebersihan diri, menggaji pekerja yang tidak mempunyai latihan dan tidak mendapat suntikan Tifoid.

(Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong)

Setakat semalam, pihaknya telah mengambil 122 sampel dan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"Kalau melihat sampel-sampel yang kita ambil in sebenarnya memang kita buat pemilihan. Kita akan memilih sampel-sampel yang berisiko tinggi terutamanya kalau yang kita lihat yang menggunakan santan, yang seperti mana kerabu, kuih-kuih atau pun yang berkuah yang kita rasa ianya berisiko.

Beliau bercakap kepada media selepas mengadakan tinjauan bersama penguatkuasa kesihatan di tapak operasi Jualan Bazar Ramadan di Pantai Batu Burok.

Media Baharu